Fourteenth September


Assalamualaikum w.b.t dan salam 19 September. Anggap je lah awal lagi untuk Hello September ngeee. Lama ea Aisyah tak update blog ? Ada yang rindu ? Hurm disebabkan tak update lah viewers semakin berkurang. Ntah ntah tak der lansung. Tak pa lah tak penting. Yang mana setia, terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak sayang uols, 
Sebenarnyakan em Aisyah hampir hampir lupa password blog. Ahh itulah pasal tak update lama. Tolonglah sedih sekali hiho. Tapi tadi entah macam mana boleh teringat. Oh aku rindu gilaa blog ni. 
Disebabkan terlampau rindu nya aku dekat blog ni, aku fikir aku nak update jugak jugak jugak hari ni. Tak kira. Nak update jugak. So Fourteenth September jadi pilihan aku. Why ? Let me sing first Happy Belated Birthday to Me Happy Belated Birthday to Me Happy Belated Birthday to Aisyah Khalil, Happy Belated Birthday to Me =')
14 September, sekolah aku ada buat Mukhayyam 'Arabi tengah tengah cuti sekolah. Tak pa lah, dengan semangat jihad nya form 1 Maahad pergi untuk menuntut ilmu bahasa universal.
Bengkel ni 2 hari senanya. 13 & 14 September. Terima kasih dan berjuta juta peghargaan buat Mursyid & Mursyidah daripada Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sudi datang dari jauh di selatan Malaysia ke utara demi menanam minat mempelajari Bahasa Arab dalam hati kami.

13 Sept
Aku pergi sekolah dengan Ashya' . Lepas letak beg dekat asrama, bergerak ke dewan utama sekolah. Selesai habis pendaftaran, aku masuk dewan. Belakang aku Aina then dia cakap "Comel handsock AK" and that time aku blurr dan hati aku " handsock je ka ?" haha sebenarnya nak suruh puji tuan punya handsock k perasan sorry Aina ngumpat you dear.
Sebelah aku Ashya', aku baru gaya nak bukak bihun dekat tangan aku then Ashya' cakap 
Weh memandangkan aku nak balik satgi dan tak dapat teruskan kem ni sampai esok, aku nak wish sesiap dekat hang. Happy Birthday.
Dan time tu aku nampak satu hadiah kat tangan dia. Aceceh ni aku suka ni hiho . Aku pun dengan segera wa pantasnya ambil hadiah tu tanpa dihulur kihkihkih .

"Tapi hadiah tu bukan daripada aku."

"Huh ?"

"Farah bagi."

"....."

Aku tak dapat tahan sebak. Aku nangis. Ea eh aku memang sentimental. Time tu mungkin hanya orang yang tahu cerita kami sahaja akan faham kenapa aku nangis. 
Aku tak expect mana mana hadiah pun dari kawan termasuk dia. Cuma aku harap Ashya' bagi. Tapi tok nek ah dia tu -.-
Itu belum birthday aku. Ashya dah berjaya ubah mood aku jadi tak lalu makan. Ahh dia memang tok nek. Kami start nasyad jamaie 1 & 2. Seronok. Aku dapat Mursyidah Ain dan time tu aku rasa group aku lah yang paling bertuah sekali sebab kak Mursyidah aku sporting gila tahap aku nak terjun pokok (?)
Sebelum bergerak balik asrama, Haziqah ada bagi aku hadiah. Thanks weh sayang hampa. Haziqah ni kawan sebelah meja, kawan gila gila, kawan kalau tak kenal maka tak cinta. Yes. Aku sayang Haziqah. Aku tak pernah rasa perasaan sayang kawan macam mana aku sayang Haziqah. Dan untung jugaklah sebab dia kpopers dan aku jugak kpopers. Sampaikan buat trick angkat tangan nak jawab soalan cikgu kena nyanyi lagu A - Got7. What the ?

14 Sept
Tepat 12 malam. Aku nak tidur dah ni. Tiba tiba semua orang dalam bilik tu pakat wish Happy Birthday kat aku. HAHAHAHA AKU NANGIS ? Wish je pun terharu lebih . Yes aku selalu kena marah dengan Atirah sebab aku terlalu sentimental. 
4 pagi bangun berqiyammulail siap mandi sekali. Tengah aku sambung tidur dalam surau , Aishah Halim datang dan bisik tepi telinga " Happy Birthday Darling" . Atoyy kacau mood aku. Fresh terus. Tak tidur dah haha.
Sebelum gerak ke sekolah, semua peserta puteri berkumpul depan asrama dan buat sedikit kuiz. Aku try la jawab. Pergi depan. Tiba tiba Farah KZ menjerit "Mursyidah, hari ni birthday dia" dan semua peserta puteri pakat

"Eid Milad AK"

And aku ke belakang dan NANGIS. Hiyah aku tak faham kenapa aku ni terlalu sentimental. Sampai sekolah, Kak Mursyidah aku wish dan bagi hadiah kat aku. One more time aku nangis. Sila menyampah. 
Nasyad Jamaie 3 pun bermula. Explorace kali ni. Aku sebagai ketua pasukan sorak. Untuk explorace, group aku tak menang pun tapi Alhamdulillah dapat cari pengalaman dan kami speak full Arabic sepanjang Sibaqul Kanzi ( Explorace ).
Maka sesi penyampaian hadiah pun bermula. Then bla bla bla balik huha penat. 



Dan hari ini 19 September 2014. Eid Milad Mursyidah Ain !

Cabaran Remaja Masa Kini : Pencerahan Adab Pergaulan Dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan yang ke 20. Maaf la sepanjang Ramadhan ni aku tak pernah update apa-apa lagi kan ? Aku tak sempat. Sejak sejak dapat phone baru ni kan ehem ehem pc pun dah tak sentuh hehe. 
Ok straight to the point disebabkan aku tak update punye la lama, aku gagahkan juga update untuk malam ni. Sempena kempen Amar Makruf Nahi Mungkar dekat Maahad, Badan Dakwah dan Kerohanian telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang minggu Amar Makruf Nahi Mungkar ni la. Antaranya ceramah berkisarkan Cabaran Remaja Masa Kini : Pencerahan Adab Pergaulan Dalam Islam yang disampaikan oleh Ustaz Luthfi Amir petang tadi.
Konsep Menjaga Fitrah
- Setiap anak yang dilahirkan ke dunia suci tanpa dosa.
- Fitrah ialah sifat semula jadi samada bakat, pembawaan, perasaan, keagamaan, dan sebagainya.
Akibat Menyalahi Fitrah
- Maksiat berleluasa dalam masyarakat.
- Disisih oleh masyarakat.
- Terkena penyakit yang merbahaya contohnya Aids.
- Nabi tidak mengaku umat.
- Dilaknat oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
Iktibar dari Peristiwa Kaum Nabi Lut A.S
- Mereka melakukan hubungan sejenis.
- Allah S.W.T menurunkan bala dengan membalikkan bumi.
- Mereka musnah ditimpa bala kecuali yang beriman.
Adab Pergaulan sesama Lelaki
- Memberi salam.
- Hormat - menghormati.
- Menjauhi perkara yang dilarang seperti homoseks atau erti kata lain gay.
- Menutup aurat.
- Tidak meniru pakaian wanita.
Adab Pergaulan sesama Perempuan.
- Saling nasihat - menasihati.
- Menjaga sifat semula jadi keperempuanan. etc : lemah-lembut, berpakaian perempuan, menutup aurat.
- Melakukan aktiviti yang sesuai dengan fitrah keperempuanan.
- Jauhi perkara yang dilarang oleh syara'.
Adab Pergaulan antara Lelaki dengan Perempuan.
- Menutup aurat.
- Tidak memakai pakaian yang boleh meransang syahwat.
- Bergaul apabila perlu. etc : bertanya tentang pelajaran atau perkara yang diharuskan oleh syara'.
- Tidak berdua-duaan di tempat sunyi.
- Menjaga percakapan daripada perkara-perkara negatif, tidak berfaedah dan lucah.

  • Persoalan yang sering bermain di fikiran kita sebagai remaja salah ke tak jaga ikhtilat ni ? Kita cuma tak jaga ikhtilat bukannya berkhalwat. Kan ? Kan ? Kan ? Tapi ingat ni..
Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan..

Ini juga disebakan AIDS. Bukan AIDS penyakit tu tapi
Angkara
Iblis
Dan
Syaitan

Cakap pasal fitrah fitrah ni mestila tersentuh pasal cinta. Tak salah CINTA tapi bagi ada peraturan okay ?
CINTA itu satu fitrah, contohnya cinta kita kepada Allah, Rasulullah, Parents, Family.
Dan tak lekang juga perasaan kita sesama lelaki dan perempuan wujud kerana ianya satu fitrah perasaan mencintainya dan dicintai.
Tapi macam yang aku cakap tadi bagi ada peraturan. Macam mana ? Senang saja, kahwin. Time tu nak buat apa pun semua dah Halalan Thoyyiban. Tapi bagi kita sebagai pelajar ni better tumpukan untuk pelajaran dulu ok. 
Itu sahaja daripada Ustazah Aisyah keke . Cuba la jauhi. Kalau ada di kalangan korang yang masih tak tahu, sudah pun tahu kan sekarang ? Kalau tak amalkan, berdosa ke tidak? Agaknya korang dah matang untuk berfikiran jauh Insyaallah :) 
Bagi yang menjaga pergaulan dengan ajnabi sudah tentulah dijanjikan pahala. Sebagaimana firman Allah walaupun sebesar zarah sekalipun amalan kita, tetap dikira. Tetap dihitung di padang mahsyar kelak. Allahu kalau nak dikira dosa Aisyah ni memang banyak. Banyak sangat. Sangat. 

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِم

Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki serta perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.


- Surah Al- Ahzab ayat 35

Oh ya memandangkan nak dekat raya ni, pastikan tudung korang tu menepati syariat yer sayang sayang semua. Tak kisahla nak pakai berapa layer sekalipun, pashimina ke, shawl ker, asalkan labuh menutupi dada dan kalau boleh pastikan labuh tepi bahagian lengan tu 12 cm dari bahu. Boleh kan ? Amar Makruf Nahi Mungkar. Tak guna pakai tudung 10 layer 10 juta sekalipun kalau tak tutup aurat dan menepati syariat berdosa juga.
Itu sahaja harap sedikit sebanyak dapat membantu korang. Insyaallah. Pasal blog ni ermmm ermmm entah kalau rajin aku update la ea ngeh ngeh. Minggu depan aku ada Ujian Topikal, doakan ea Insyaallah. Ok stop here, jangan lupa baca al-quran. Solat tu memang wajib dah kena tunaikan. Kelebihan bulan Ramadhan ni banyak act. Kalau la kita boleh nampak memang nangis setiap malam tak nak Ramadhan tinggalkan kita.Ok done. Yang baik itu datang daripada Allah. Yang silap itu datang daripada Aisyah sendiri. Wassalamualaikum w.b.t.

AK47 : Maaf andai ada terlebih batas sikit. Tapi itulah hakikatnya.
          Jangan lupa doakan saudara kita di Palestin. 

#PrayforGaza

The Liebster Award

google

Assalamualaikum w.b.t and sihat semua ? Harap harap sihat hendakNya selalu k laling laling semua. 
Act kan waktu Ashya kasitahu aku yang dia tag aku dalam segmen ni, hati terasa membara sangat. Haih rajin pulok dia ni wahaha ==' 
Sebenarnyakan aku tak faham apa maksud Liebster. Makanya aku pun search Google Translate and still tiada jawapan. Hoho alangkah bengapnya diriku =(
Lepas aku baca balik entry si Ashya' tu baru aku faham. Bak kata Ashya' nyer Liebster ni lebih kurang ask.fm tapi ask dekat blog je. Macam main-main ask ler. Blogger ini ask kita, kita jawab. Then kita ask blogger lain pula. Dah faham ? Alhamdulillah sayang korang. Haha Ok tanpa melengah-lengahkan masa here goes. 
Siapakah yang mengasaskan akaun blog awak berdua?
Hang tak tahu ke buat buat tak tahu haha. Blog ini diasaskan oleh Ashya sendiri since 2012 sebab aku tak reti buat blog xD Time tu aku darjah 5 and aku masih tidak faham penggunaan blog. Yeah bagi aku time tu blog ni tersangat bosan. Tak macam facebook yang boleh chatting chatting tuuu. Tapi sebenarnya blog ni datangkan lebih banyak benefit dekat awak semua. 
Apa yang menarik sepanjang menjadi blogger?
Sepanjang aku jadi blogger ni aku rasa diri aku lebih dikenali haha. Dan aku tersangatlah bangga apabila blog aku direview oleh blogger blogger terkenal. And yang paling aku tak sangka gila nak terbang, aku direview oleh idola blogger aku a.k.a Kak Nabila Medan. And and and aku dapat banyakkk hadiah dari Giveaway Giveaway yang aku join. Erkkk asal keyakinan diri aku tinggi sangat ea =='
And the main of course I can share abt what I loves, hates, my life, journey and etc.
3 perkataan describe tentang diri awak .
- Confidence 
- Intelligent 
- Friendly
*kan gua dah cakap keyakinan diri gua tinggi har har*
Siapa favourite blogger awak?
Macam yang aku cakap tadi, Kak Nabila Medan. Nak aku describe akak ni ? Dia ni baik tau. Friendly sangat. Aku suka gaya penulisan dia. Aku yakin aku adalah silent readers dia yang paling setiaaa *sekali lagi -.-* Dan akhir sekali aku nak cakap Saya Sayang Akak ! 
 Suggestion untuk ditambah baik dalam blog Ashya .
Disebabkan blog lu gua yang edit. Gua rasa semua dah perfect haha. 

1. Tolong tukar url link blog gua dekat bahagian credits tu -.-
2. I suggest kotak ask.fm tu kecilkan sedikit
3. Kau suruh aku tukar font kan ? Haaaa nanti nanti haha.
Kak Farahuda 

This is my questions.
1. Kenapa akak comel sangat ?
2. Bagaimana akak boleh terjebak dalam bidang blogging ?
3. Akak sedang gaduh dengan seorang kawan baik akak. Apa tindakan akak ?
4.  Describe yourself in one word.
5. Suggestion untuk ditambah baik dalam blog ni :)