School 2015


Assalamualaikum w.b.t wa kaifa halukum ? Sihat ? Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan kesempatan hidup di tahun baru, tahun dua kosong satu lima.
Lama bebenor benor benor kan aisyah tak update ? Last update 19 september dua kosong satu empat. Hurm cepat kira berapa lama tak update. Dekat 118 hari jugak saya tak update ngee . Maafla , bila dah masuk alam menengah ni busy memanjanggg nak sentuh handphone pun jarang. Ceitt hattu menipu tahap panda terbang (?)
Baiklah, straight to the point, 'School 2015' . Oh ini bukan sambungan kdrama School 2013 ye. Saya tak sudi jumpa Lee Jong Suk sekarang kalau tak saya pengsan haha k blah satgi kena kutuk satu malaysia.
2015, saya dah empat belas tahun. Dah form two. Dah tingkatan dua. Dah sanah assaaniah. Dah makin tua. Dan paling penting dah makin dekat dengan ajal. Allah. Macam mana hebatnya seseorang manusia sekalipun, perkara yang tidak boleh dielakkan adalah ajal. Ajal itu pasti dan tepat. Tidak kurang atau lebih sesaat pun. Bukan umur berapa kita menemui ajal yang penting. Yang penting bagaimana kita ketika menemui ajal. Harapnya husnul khotimah. Aamiin ya Allah.
Macam mana yang kita tahu, sepatutnya sesi persekolahan dibuka pada 4 Januari. Tetapi demi menghormati mangsa banjir yang menjadi pilihan Allah untuk diuji, cuti sekolah dilanjutkan sehingga 11 Januari.  Allah menguji hamba hambanya untuk melihat sejauh mana keimanan kita terhadap Allah. Ingat, Allah tidak akan menguji hamba hambanya di luar kemampuan.

Nak dijadikan cerita, pagi 11 Januari pergi sekolah (saya budak kedah) dengan pakaian baru nya acewah semua pelajar baju putih putih melepak haa gituh. Dengan kasut yang masih hitam meghelit, kami pelajar puteri Maktab Mahmud Alor Setar beratur di tapak perhimpunan. Habis habis perhimpunan, kami semua masuk kelas masing masing. Ikutkan tahun tahun lepas, form two tiada pe-rombak-kan kelas kerana masih pening pening dengan PBS. Tengok tengok tahun ni ada rombak kelas. Haa nasiblah siapa yang jawab exam tahun lepas 'eleh bukan rombak kelas pun. Baik aku jawab cincai cincai'.
Saya ? Alhamdulillah masih stay di dalam kelas yang sama. Waktu nak lantik ajk kelas, saya dipanggil untuk pergi mengemas koperasi. Maklumlah ajk koop en. Bila masuk balik kelas, saya lihat meja saya yang asalnya berada di tengah ditolak ke hujung tingkap mana hala nun. Wahh hairan juga. Bagaimana meja mereka yang asalnya berada di tepi boleh berada di sebelah sebelah saya. Ana musykil. Sedikit 'kecewa' kerana kesihatan saya ni memang sensitif. Duduk tepi tingkap yang banyak habuk pergh balik balik tu batuk terus. Sebab ? Saya ada asma. Dan lebih teruk lagi kulit kulit badan saya bertukar menjadi warna merah. Nasib alien banyak orang kata warna hijau jadi saya terselamat daripada digelar 'alien' :3
Apakan daya, dah mengadu tapi tiada tindakan di ambil. Mak saya pesan supaya bersabar. Saya pun okay je lah nak cakap apa lagi ? Sekarang saya sedar maksud 'erti sebuah pengorbanan' seperti tajuk novel bahasa melayu di tingkatan dua. Hidup ni bukan semua yang kita nak akan tertunai. Kadang kadang kita perlu berkorban. Iye saya redha mungkin ada hikmahnya. Mungkin itu membuatkan saya lebih pendiam dan sentiasa menyiapkan kerja sekolah di waktu waktu bosan a.k.a boring memandangkan PT3 next year dah wuu. 
Dah mula, saya tak tahu macam mana nak buat ending. Jadi saya ikitirafkan itu sebagai penutup. Saya pun hairan mengapa entry saya hari ni penuh dengan ke-skema-an. Mungkin tengah perbaiki bahasa melayu yang susah nak dapat A. Doakan saya. Insyaallah. Sampai sini dahulu kalau saya free saya akan update. Kalau tak free mungkin tunggu lagi 118 hari haha :3
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.t