Assalamualaikum and hye! kinda a veryyyy long time i gone for a hiatus (?) haha sampaikan takdak sapa dah pun nak baca blog ni but its okay lets start my story even i will just talk to myself a.k.a syok sendiri.
First of all, nak bagitahu actually aku dah tawar hati berblogging since masuk sekolah menengah ni yeah maybe busy dengan homeworks. Dulu sekolah rendah bolehla asyik mengadap pc ja sebab dulu agak pandai (lol) so takjejas sangat result exam HAHA. Sekarang ni nak cari masa untuk berblogging pun takdak, masa free free semua perabis tengok drama wakaka
So dah alang alang i got a new laptop, rindu pulak nak menaip panjang panjang. Sebelum tu, let me make my 2016's stories short. yeah last year aku adalah calon pt3 dan alhamdulillah berkat doa mak ayah guru-guru dan sahabat-sahabat, i got straight As and that was the greatest gift i could give to my parents since the pt3's results announcement was on 19th december which is my parent's 19th anniversary (and i got the chance to see my father cry hohoho selama ni ego sangat ecewah kehkeh)
Pernah satu hari aku balik sekolah then abah tanya " nak masuk mrsm tak?". sapa yang follow story aku since zaman tak matured dulu ha tahu lah betapa aku nak sangat masuk mrsm tapi takdak rezeki waktu form 1 dulu dan aku sedih sangat sampai setahun tu protes malas belajar ish teruk betul hahahaha
Soalan abah aku biar dulu letak tepi sebab aku dah sayang dekat sekolah lama. Iyelah susah senang sama sama dengan member 3 tahun kotnoh hari hari menghadap muka sama sampai tahu kalau dia tidur keluar air liur ke tidak. Malam tu aku fikir how high my ambition and dreams are and aku nampak if aku masuk mrsm inshaAllah peluang pun cerah and yeah fyi my parents nak sangat aku masuk mrsm. Diorang sangat berharap jawapan aku 'ya' even they didn't told me that but i know my parents well haha so aku fikir mungkin ini hadiah aku boleh bagi dekat mak ayah aku
Esok tu aku cakap iye aku nak pindah masuk mrsm. Excited. Itu riak muka mak ayah aku bila aku cakap mcmtu and that time i am so glad that i could make them happy and at the same time i wish that i made a right decision fuh
6.2.2017
Pendaftaran tingkatan 4. Totally a new world. Tak pernah kelas campur, tak pernah duduk asrama penuh, belajar dulu dalam bahasa melayu datang mrsm fully in english, tak pernah biasa dengan sistem pointer. But i take that as a challenge. Oh yeah my friends used to call me a painstaker cause i realllyyyy like to challenge myself.
Maka bermulalah hidup aku as a mrsm student. Dua minggu selepas aku masuk, alhamdulillah aku ditawarkan untuk wakil maktab dalam acara pidato (tapi tak menang pun hahaha gelak sikit) dan dalam bulan yang sama jugak ada hari anugerah kecemerlangan untuk sem 2, 2016. Time ni sumpah aku amaze gila mampus tengok orang naik stage sebab pointer 3.5 and above & paling berkobar kobar sekali semangat eden nak belajar bila tengok my senior got 4flat and dapat duit kahkah
Alhamdulillah for my final sem 1, i made it.
Sebenarnya bukanlah apa sangat nak cerita pasal pointer sebab waktu selaras 3 aku agak jatuh haha ok tutup cerita. Aku nak cerita aku ada wakil maktab dalam konvensyen kepimpinan dkt Johor baru baru ni. Srslyyyy the best lah dari awal sampai habis i rate 9/10. Kurang satu sebab agak penat huhu. Satu maktab wakil 4 orang from BWP (badan wakil pelajar) and aku as secretary, Ashikin (deputy of pres), Faiz (vice pres) and Ihsan (presiden) telah terpilih untuk pergi. alhamdulillah semuanya pointer lepas 3.5 so cukuplah syarat.
Dekat sana kitorang banyak duduk dalam satu maktab so tak awkward sangat lah bila nak ber-aktiviti and membuatkan kitorang bersemangat dan lebih berkeyakinan. Bila balik baru lah rasa confident nak bercakap depan khalayak ramai. Memang lah dari dulu lagi aku ni seorang yang gila microphone tapi dulu bercakap ketaq jugak sekarang no more alhamdulillah KARISMA 2017 taught us a lot!
Malam last sebelum balik, kitorang ada interview untuk global leadership (gl). Diorang nak pilih beberapa orang students ja untuk ke gl ni. Sepanjang interview, kitorang kena speaking fully selama 1 jam 30 minit hahaha merapu sakan ah goreng sana goreng sini alhamdulillah minggu lepas cikgu bagitahu out of 82 from 256 aku terpilih untuk ke gl! Srs aku senyum sakan haritu hahaha alhamdulillah rezeki Allah datang bertalu talu dan aku yakin semua ni atas doa mak ayah, guru guru, sahabat-sahabat dan semua orang yang mendoakan dalam diam. Thank you and may Allah bless u all <3
Nah aku belanja sikit gambar sepanjang dekat Johor.
Itu saja untuk kali ni. Aku nak sambung layan drama dulu dahla dua bulan tak balik rumah. Doakan kejayaan aku. Yang baik itu datang dari Allah yang buruk & annoyed tu datang dari aku sendiri. Minta maaf salah silap guys halalkan apa yang korang pernah bagi dan aku halalkan semuanya untuk korang termasuk lah yang meniru masa test huhu kk geraklu bye Assalamualaikum dunia!