Cabaran Remaja Masa Kini : Pencerahan Adab Pergaulan Dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan yang ke 20. Maaf la sepanjang Ramadhan ni aku tak pernah update apa-apa lagi kan ? Aku tak sempat. Sejak sejak dapat phone baru ni kan ehem ehem pc pun dah tak sentuh hehe. 
Ok straight to the point disebabkan aku tak update punye la lama, aku gagahkan juga update untuk malam ni. Sempena kempen Amar Makruf Nahi Mungkar dekat Maahad, Badan Dakwah dan Kerohanian telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang minggu Amar Makruf Nahi Mungkar ni la. Antaranya ceramah berkisarkan Cabaran Remaja Masa Kini : Pencerahan Adab Pergaulan Dalam Islam yang disampaikan oleh Ustaz Luthfi Amir petang tadi.
Konsep Menjaga Fitrah
- Setiap anak yang dilahirkan ke dunia suci tanpa dosa.
- Fitrah ialah sifat semula jadi samada bakat, pembawaan, perasaan, keagamaan, dan sebagainya.
Akibat Menyalahi Fitrah
- Maksiat berleluasa dalam masyarakat.
- Disisih oleh masyarakat.
- Terkena penyakit yang merbahaya contohnya Aids.
- Nabi tidak mengaku umat.
- Dilaknat oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
Iktibar dari Peristiwa Kaum Nabi Lut A.S
- Mereka melakukan hubungan sejenis.
- Allah S.W.T menurunkan bala dengan membalikkan bumi.
- Mereka musnah ditimpa bala kecuali yang beriman.
Adab Pergaulan sesama Lelaki
- Memberi salam.
- Hormat - menghormati.
- Menjauhi perkara yang dilarang seperti homoseks atau erti kata lain gay.
- Menutup aurat.
- Tidak meniru pakaian wanita.
Adab Pergaulan sesama Perempuan.
- Saling nasihat - menasihati.
- Menjaga sifat semula jadi keperempuanan. etc : lemah-lembut, berpakaian perempuan, menutup aurat.
- Melakukan aktiviti yang sesuai dengan fitrah keperempuanan.
- Jauhi perkara yang dilarang oleh syara'.
Adab Pergaulan antara Lelaki dengan Perempuan.
- Menutup aurat.
- Tidak memakai pakaian yang boleh meransang syahwat.
- Bergaul apabila perlu. etc : bertanya tentang pelajaran atau perkara yang diharuskan oleh syara'.
- Tidak berdua-duaan di tempat sunyi.
- Menjaga percakapan daripada perkara-perkara negatif, tidak berfaedah dan lucah.

  • Persoalan yang sering bermain di fikiran kita sebagai remaja salah ke tak jaga ikhtilat ni ? Kita cuma tak jaga ikhtilat bukannya berkhalwat. Kan ? Kan ? Kan ? Tapi ingat ni..
Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan..

Ini juga disebakan AIDS. Bukan AIDS penyakit tu tapi
Angkara
Iblis
Dan
Syaitan

Cakap pasal fitrah fitrah ni mestila tersentuh pasal cinta. Tak salah CINTA tapi bagi ada peraturan okay ?
CINTA itu satu fitrah, contohnya cinta kita kepada Allah, Rasulullah, Parents, Family.
Dan tak lekang juga perasaan kita sesama lelaki dan perempuan wujud kerana ianya satu fitrah perasaan mencintainya dan dicintai.
Tapi macam yang aku cakap tadi bagi ada peraturan. Macam mana ? Senang saja, kahwin. Time tu nak buat apa pun semua dah Halalan Thoyyiban. Tapi bagi kita sebagai pelajar ni better tumpukan untuk pelajaran dulu ok. 
Itu sahaja daripada Ustazah Aisyah keke . Cuba la jauhi. Kalau ada di kalangan korang yang masih tak tahu, sudah pun tahu kan sekarang ? Kalau tak amalkan, berdosa ke tidak? Agaknya korang dah matang untuk berfikiran jauh Insyaallah :) 
Bagi yang menjaga pergaulan dengan ajnabi sudah tentulah dijanjikan pahala. Sebagaimana firman Allah walaupun sebesar zarah sekalipun amalan kita, tetap dikira. Tetap dihitung di padang mahsyar kelak. Allahu kalau nak dikira dosa Aisyah ni memang banyak. Banyak sangat. Sangat. 

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِم

Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki serta perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.


- Surah Al- Ahzab ayat 35

Oh ya memandangkan nak dekat raya ni, pastikan tudung korang tu menepati syariat yer sayang sayang semua. Tak kisahla nak pakai berapa layer sekalipun, pashimina ke, shawl ker, asalkan labuh menutupi dada dan kalau boleh pastikan labuh tepi bahagian lengan tu 12 cm dari bahu. Boleh kan ? Amar Makruf Nahi Mungkar. Tak guna pakai tudung 10 layer 10 juta sekalipun kalau tak tutup aurat dan menepati syariat berdosa juga.
Itu sahaja harap sedikit sebanyak dapat membantu korang. Insyaallah. Pasal blog ni ermmm ermmm entah kalau rajin aku update la ea ngeh ngeh. Minggu depan aku ada Ujian Topikal, doakan ea Insyaallah. Ok stop here, jangan lupa baca al-quran. Solat tu memang wajib dah kena tunaikan. Kelebihan bulan Ramadhan ni banyak act. Kalau la kita boleh nampak memang nangis setiap malam tak nak Ramadhan tinggalkan kita.Ok done. Yang baik itu datang daripada Allah. Yang silap itu datang daripada Aisyah sendiri. Wassalamualaikum w.b.t.

AK47 : Maaf andai ada terlebih batas sikit. Tapi itulah hakikatnya.
          Jangan lupa doakan saudara kita di Palestin. 

#PrayforGaza

No comments:

Post a Comment