Alhamdulillah, we won.


Assalamualaikum w.b.t and how are you guys? Sihat? Alhamdulillah. Seperti yang aku janji dalam post lepas, aku nak update pasal konvensyen keusahawanan yang aku join khamis minggu lepas atau tepat pada tarikh 28 Januari 2016. Sungguh, aku rindu.
Konvensyen keusahawanan atau nama sebenarnya Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) yang aku join ni bawah PKNK bahagian Pembangunan Usahawan Remaja. Aku join protune ni since bulan 10 tahun lepas sebab ahli lembaga pengarah semua terlibat dengan spm. Busy, jawatan ahli lembaga pengarah semua dilepaskan ke kami, InsyaAllah kami pegang amanah ini sebaik mungkin. Dua kali pergi kem, sungguh aku rindu geng protune. Sepanjang aku join kat luar sekolah ni, protune lah paling best. 
Bila dah pergi kem apa semua, ada lah pertandingan antara sekolah terpilih seluruh Kedah. Firstly kena apply laporan syarikat dulu. Bila senior cakap kena buat laporan 300 ms, aku memang terfikir nak buat apa lah sampai 300? Mau aku tulis satu huruf satu muka surat? HAHA
Laporan lah paling mencabar bagi aku. Kami semua tak ada basic dalam perniagaan. Basic akaun pun takdak, kesian jugak lah dekat pengurus kewangan. Nasib lah dia pandai wuu wuu hahahaha. 
Aku as Pengarah Eksekutif Syarikat memang tekankan semua orang suruh buat laporan, nak kena semak lagi, nak kena hantar kat ustaz lagi, nak kena print lagi. Risau tak sempat. Banyak sangat cabaran time ni, kalau aku nak cerita satu satu, memang menitis air mata hahaha


Finally siap pun laporan. YaAllah time tu aku sebak gila sebab sebelum ni Maktab Mahmud Alor Setar tak dapat join konvensyen sebab tak sempat hantar laporan. Alhamdulillah, kali ni sempat. So ready untuk latihan pembentangan pulak. Kami semua terdiri daripada 6 orang, pengarah eksekutif, pentadbiran, pengeluaran, pemasaran dan kewangan. Tak lupa jugak pengurus multimedia. Aku yakin diorang ni sebenarnya boleh tahan frust dengan aku hahahaha sebab aku jenis tak suka main main bila aku serius. Memang muka aku tak senyum habis marah marah je kerja. 
Pengurus multimedia pun dah siap slide, aku tekankan semua suruh siapkan teks pembentangan.
Dua hari sebelum lawan, aku cuba jugak minta kat cikgu nak skip kelas nak berlatih dua hari sebelum. Kalau ikutkan cikgu hanya bagi sehari sebelum. Tapi jujur cakap kami tak berlatih apa lagi. Nak berlatih petang petang memang tak sempat dengan latihan sukan lagi. Alhamdulillah, cikgu kami benarkan. Time tu memang tak cantik lansung berlatih. Ada yang tak hafal lagi teks. Its okay aku bagi ruang perbetul skrip dan hafal. Tapi aku nak esok tu dah lancar. Taknak tergagap gagap lagi. 
Esoknya berlatih dekat makmal ict. Dalam tu ada geng catur bistari. Oh ya, selain konvensyen ada lagi satu pertandingan iaitu catur bistari. Ini bukan catur 'chess' tu ya, ini percaturan perniagaan. Jangan tanya aku lah, aku pun tak tahu amende hahaha. Catur bistari ni cikgu pilih budak laki. Diorang pun baru kenal apa itu catur bistari hari tu. Sehari sebelum lawan.

28 Januari 2016
Aku bangun pagi dalam keadaan sebak. Takut. Banyak cabaran aku lalui sebelum tibanya 28 jan. Kali ni banyak sekolah masuk, saingan banyak. Tiba tiba aku teringat kasut tak kiwi lagi hahahaahah aduhai. 
Pergi sekolah, terus jalan pergi depan pejabat. Acewah bajet form 6 en pakai kain hitam hahahaha habis setel angkut barang masuk dalam van, kitaorang gerak. Tiga kenderaan menuju ke Park Avenue, Sungai Petani. Rindu.

Park Avenue, Sungai Petani.
Sampai sana, nampak lah banyak sekolah dah datang dengan pakaian koprat. Meremang bulu roma. Kami pakai baju sekolah je HAHAHAHA. Selesai pendaftaran, kami masuk dewan. YaAllah kopratnya semua orang hahahahaha kami ni pakai baju sekolah pastu pakai blazer ja. Gagah gak ah nak bagi nampak smart hahaha. Selesai taklimat, pengurus besar dijemput cabut undi. Sepanjang jalan aku duk Bismillahitawakkaltu 'alallah. 
Nombor 7. Hope 7 gonna be our lucky number. Aku pun asyik turun lepak makan kat booth ja. Pastu singgah pergi booth orang lain apa semua haha sedar sedar dah giliran ke5. Aku panggil semua untuk get ready. 
Bismillahirrahmaaniirrahim. We start our performances. Alhamdulillah soalan juri pun tak susah. Aku percaya, Allah mudahkan kami. Berkat doa cikgu cikgu juga, doa mak ayah. Terima kasih. 
Yang bestnya kat sana ni jumpa kawan kawan kem dulu balik huhu jumpa ja boleh tegur. Kenal habis. Rindu geng. Rindu sangat. Harap 28 Januari ni bukanlah hari last kita jumpa, geng. Banyak sangat terjadi. Aku nak cerita pun biarlah kenangan aku saja hahaah banyak nya dengan kawan kawan lah. 
Perasmian penutup, persembahan montaj dan band dari SMK SM Al-Bukhary. Best weh hahaha minta sign penyanyi plis, cuih. Tiba lah pengunguman pemenang, tahniah team catur bistari, dapat naib johan. Daebak lah korang, baru kenal catur bistari sehari dah boleh dapat naib johan. Mostly sekolah berlatih 3 minggu. Congrats gais, bangga gila dengan korang.
Next pengunguman pemenang bagi konvensyen, semuannya ada 7 kategori. Alhamdulillah we won 5 from 7. 

Anugerah Laporan Syarikat Terbaik - JOHAN
Anugerah Persembahan Syarikat Terbaik - JOHAN
Anugerah Perkhidmatan Terbaik - PENYERTAAN
Anugerah Produk Kreatif Terbaik - PENYERTAAN
Anugerah Pengurus Besar Terbaik 
Anugerah Guru Pengelola Terbaik
Anugerah Syarikat Terbaik  - JOHAN

Untuk anugerah pegurus besar & guru pengelola terbaik hanya lah untuk seorang. Alhamdulillah, that moment nama penuh aku disebut, aku bersyukur YaAllah. Haza min fadhli rabbi. Tak sia-sia air mata selama ni. Terima kasih semua yang bekerjasama. Tahniah juga buat semua yang sertai. Kita semua menang gais. Kita semua. 
Alhamdulillah kami layak mewakili negeri ke Konvensyen Nasional 11-14 Mac ni di Perak. Jumpa di nasional. Thanks pknk banyak membantu. Its a great day. Great memory. 





1 comment:

  1. tahniah awakk....
    hi..jalan2 singgah sini...jemput singgah sini, jangan lupa join sekali untuk menangi set Skinfood bernilai RM200 :)

    http://www.yayacendana.com/2016/08/skinfood-worth-rm200-set-korean-beauty.html

    ReplyDelete